Sunday, March 21, 2010

hidup...
manusia perlu hidup dan menjalani kehidupan yang telah ditetapkan dengan redho dan ikhlas.
tapi...
adakah kita redho dan ikhlas terhadap kehidupan kita? saban hari ada saja yang merungut dengan alam ciptaan allah. elokkah begitu? tidak. seharusnya kita bersyukur dengan kurniaannya, walau baik atau buruk hari yang dilalui. mengapa manusia zaman sekarang amat alpa dengan kesenangan dan kesusahan sehingga melupakan pencipta yang telah mencipta kita sebagai khalifah di muka bumi ini? kerosakan hubungan kekeluargaan, hubungan sesama manusia, alam sekitar dan haiwan2x...
penat...
walaupon penat, hidup mesti diteruskan. walau sesukar manapun rintangan, seteruk manapun halangan , jangan sesekali pandang kebelakang. masa depan berada di hadapan. mengapa perlu korbankan masa depan yang cerah demi memandang kebelakang??? yang berlaku biarlah berlalu, yang mendatang, sambutlah dengan keterbukaan. jadikan yang lalu sebagai pedoman untuk meneruskan perjalanan ke masa hadapan.
masalah...
jadikan masalah sebagai tunjang kejayaan... pergaduhan, penceraian.. jadikan sebagai sumber kekuatan, untuk mencapai kejayaan.. anak-anak mangsa keadaan, jadikan ia sebagai satu teladan, untuk dielakkan semasa berada di masa hadapan. apa gunanya memprotes??? ibu dan ayah tidak akan menghalang jika itu pilihan anaknya. tidak ada gunanya memprotes jika semata-mata untuk menyedarkan golongan itu. semuanya hanya akan menjadi seperti debu yang berterbangan di atas jalan, tidak diendahkan dan tidak diperhatikan. hanya menjadi sebagai sumber kebencian. fikirlah demi orang yang tersayang, orang yang teraniaya. berikan mereka sebuah janji... janji yang akan membahagiakan mereka di suatu hari nanti,iaitu sebuah masa depan. masa depan yang cerah dan menggembirakan. demi mereka, korbankanlah kegembiraan sementara, fikirkan lah demi kesenangan dan kebahagiaan mereka.....ibu................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...